Friday, 12 July 2013

4th SSiC Junior Top Chef Challenge

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh lama aku tak update blog kan huhuhuhu xde masa bz sgt2 ermmm mekasih kepada yg sudi join n singgah ke blog D5 nie ek.. Hari  nie aku nk citer pasal Silverspoon International College. D5 dpt jemputan dari pihak kolej tuk menghadiri junior top chef challenge yg ke-4 ermmm kalau korang nk tau Silverspoon mengadakan pertandingan nie 2 kali setahun, diadakan di hadapan kolej tersebut, meriah sgt tau.. Pertandingan nie di sertai oleh budak2 sekolah menengah sekitar lembah klang .. Ia diadakan dr 9pg sampai pukul 5ptg.. D5 pi sebelah ptg nyer sbb pg D5 ade tempahan tuk katering.. Mekasih kepada pihak Silverspoon kerana sudi menjemput D5 ek, mekasih juga pada Chef Zam juga happy jer D5 hari tu tgk gelagat adik2 kiter memasak bersungguh2 dema hehehhe :D.. Tujuan pertandingan nie adalah untuk mencungkil bakat terpendam adik2 kiter kut2 ler ade yg berminat tuk menjadi seorang chef terkenal dan berminat dalam bidang kulinari nie kan boleh lah ambik course kat Silverspoon International college nnt.. Kalau korang berminat pun boleh xde masalah korang tgk je kat link fb yg D5 bg tu macam2 maklumat ade kat sana... Ermmm hadiah yg di sediakan amat ler byk berbaloi sungguh tau (kalau ler D5 leh join mau gak kan hehehheh).. Jom arr kiter layan gambar2 sekitar program nie berlangsung ....



Hah korang tgk ler hadiah2 dr penaja, meriah kan beruntung adik2 kiter tau..



Sebhagian adik2 kiter yg tgh menyiapkan hidangan, yg kat sebelah kanan tu pulak hasil tangan adik2 tu arr berbakat kan nampak nyer :D..


Ermmm karipap nie dihidangankan kat D5 sedap tau karipap jenama mak' cik mmg best dan sedap arrr..


Antara chef2 yg menjadi juri pada hari tu..


Nie lah pemenang no-1 no-2 dan no-3 bergambar ngan hadiah masing2 ermm siap dapat cash lg mau nyer tak happy memasing nyer kan...


Nie lah kesemua para peserta yg menyertai pertandingan chef junior, korang tgk ler bakal2 chef terkenal nie nnt sungguh berbakat n kreatif tau dema sumer nie..


Ok yg last nie ler nadi kepada hari tersebut, nie lah tenaga pengajar n pelajar kolej Silverspoon yg telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut..

Ok lah kawan2 sepatut nyer banyak lg gambar2 D5 nk upload but xtau ler nape xleh nk publish so nie je yg D5 dpt berkongsi bersama korang ek harap korang berpuas hati k, nnt kalau ader masa n peluang D5 akan terus berkongsi resepi k.. Pada yg belum D5 tunai kan permintaan nyer tu harap bersabar ek D5 bz sgt2 nnt Insyaallah D5 cuba tunai kan, mintak maaf bayak2 sayang u alls muuuuaaahhhh daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....





















Wednesday, 17 April 2013

Anugerah Biasiswa Seni Kulinari SSiC

As Salam kawan2 lama aku tak update blog kan adehhhhh bz sgt2 sekarang nie.. Moga2 korang xjemu lah dtg ek ke blog kecil D5 nie.. Nnt biler dah ok ckit D5 akan update kan blog nie balik ek ngan resepi2 yg best hehehhe... Kali nie D5 nk berkongsi sama korang tentang tawaran terbaru dr Silverspoon International College  .  Mungkin ada antara korang yg berminat kan sila lawati laman web rasmi SSiC ok..  Di sini aku serta kan detail2 tentang Anugerah biasiswa seni kulinari SSiC ek tuk pengetahuan dan rujukkan k. Xrugi kalau korang yg berminat dengan kulinari belajar disini tau sbb tenaga pengajar nyer mmg berpengalaman dan peralatan pembelajaran yg lengkap seolah2 korang berada di dapur hotel 5 bintang gitu mmg best xcaya tgk sendiri k.... Xlupe juga aku nk jemput korang datang ke restoran aku yg baru dibuka Restoran Resepi Warisan dekat dengan Giant Seri Kembangan datang ler beramai k mekasih :D..... Jom kiter lihat detail2 tentang anugerah nie k...




ANUGERAH BIASISWA SENI KULINARI SSiC

Dalam komitmen kami menyediakan peluang-peluang pendidikan berasaskan kemahiran kepada anak-anak bangsa, Silverspoon International College (SSiC) dengan besar hati menawarkan biasiswa pengajian kepada pemohon-pemohon yang layak untuk mengikuti kursus Seni Kulinari (Culinary Arts) peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 selama setahun yang akan bermula pada awal bulan Mei 2013 ini.
Melalui biasiswa penuh ini, calon-calon yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi penuh mereka melalui kemahiran seni kulinari yang bakal dipelajari demi memenuhi aspirasi mereka untuk menjadi seorang Chef yang berjaya serta menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan Negara.

Tujuan:

• Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 & 2).

• Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup ataupun yang pernah gagal di peringkat persekolahan dahulu.

• Dengan kemahiran yang bakal diperolehi, pihak SSiC akan cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, seterusnya menurunkan kadar pengangguran di Malaysia.

Biasiswa Seni Kulinari ini merangkumi:

• Yuran Pengajian selama 1 tahun
• Hostel/penginapan disediakan
• Latihan Industri di hotel 4 dan 5 bintang

Kelayakkan:

• Warganegara Malaysia sahaja
• Berumur antara 16 tahun – 45 tahun
• Sekurang-kurangnya lulus PMR/SPM/STPM
• Minat yang mendalam dalam bidang Seni Kulinari
• Aktif dalam ko-kurikulum serta mempamerkan sifat 
kepimpinan yang tinggi
• Sihat tubuh badan
• Berupaya menanggung kos sara hidup sendiri sepanjang 
tempoh pengajian

Berminat? Sila hadirkan diri ke sesi temuduga seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: 20hb April 2013 (Sabtu) 
Masa: 9am – 1pm
Tempat: Silverspoon International College 
No. 12-12a, Jalan OP 1/3, One Puchong Business Park
Off Jalan Puchong, 
47160, Puchong
Selangor

PENTING: Sila bawa bersama:

• Sijil-sijil persekolahan/akademik (PMR/SPM/STPM)
• Sijil Berhenti Sekolah 
• Salinan kad pengenalan pemohon dan Ibu/Bapa/Penjaga
• Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak 
• Salinan Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga
• 2 keping gambar berukuran passport
• Salinan Penyata Akaun CIMB pemohon (jika ada)
• Bil utiliti (Tenaga Nasional Berhad/SYABAS atau sepertinya)

Nafisz Daniel
Corporate Affairs and Communications Executive
Silverspoon International College
No 12-12A, Jalan OP 1/3, 
One Puchong Business Park,
Off Jalan Puchong,
47160 Puchong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Mobile : + 6 019-217-1094
Tel: +6 (03) 8075-9923
Fax: +6 (03) 8076-9953


Hah tgk tu dapur tempat blaja best kan fuhhhh aku pun nk hehhehe...


Ok kawan2 kalau sesape yg berminat sila datang sendiri ke Silverspoon International College, jumpe lagi kawan2 daaaaaaaaaaaaaaaaaa....