Wednesday, 19 September 2012

Mee kari

Nie tempahan kedua selepas lontong. Yg nie speciality kawan aku, mmg terbaek lah mee kari dia dan mendapat pujian ramai mase kat umah terbuka ari tu heheh.. Yg nie pun xpenah miss, tiap2 tahun org tempah heheh hot stuff ler kate kan ekkekeke.. Aku nk kongsi resepi nyer ngan korang harap korang pueh hati ek.. Aku dah tak tau nk tulis ape dah so moh ler kiter layan resepi nyer ek..


Ermmm yg nie lom final hehheh tgh2 masak lapo so beda dulu ekkeke, but mmg sedap arr..

Bahan2 ( tuk 5-7 org makan )

4 ketul ayam ( potong kecil )
1 biji santan
250g udang ( potong muncung dan ekor )
250g kerang ( dibersihkan )
1 peket fish ball ( belah 2 )
10 biji tofu pong ( belah 2 )
2 batang serai ( dititik )
1 cawan serbuk kari 
1/2 cawan cili kisar
1.5  liter stock ayam ( kalau nk lebih korang tambah ler )
 1 biji kentang ( dikisar dengan sedikit air)
daun kari
1 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Garam n gula secukup rasa
Minyak tuk menumis
Bahan2 kisar

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji buah keras
1 sudu kecil udang kering
( kisar sampai halus dengan sedikit air )

Cara2 nk masak


Panaskan minyak dan masukkan bahan2 kisar bersama daun kari, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis, masak sampai naik minyak dan kering.



Bila bahan kisar dah  naik minyak masukkan cili giling dan serbuk kari kacau dan masak sampai naik minyak.


Masukkan ayam dan kacau sebati masak sampai air ayam kering.


Bila air ayam dah kering masukkan stock ayam td mengikut kadar kuah yg korang nk, masak sampai mendidih.



Bila kuah dah mendidih masukkan serai dan santan masak sampai mendidih lg sekali dan masukkan asam keping, kemudian masukkan kentang yg telah dikisar ( kalau korang suker kuah tu pekat korang tambah ler lg kentang kisar kalau xsuker kuah tu pekat xbubuh pun xpe ). Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa sumer dah seimbang masukkan udang dan juga fish ball, masak sampai udang bertukar kaler dan masukkan kerang dan tofu pong masak 1-3 minit dan tutup api. Siap tuk dihidangkan ngan mee kuning.


Hah yg nie togel je kalau nk korang leh letak taugeh, sawi, fish cake, fucuk goreng or tabur bawang goreng pun sodap :D..


Xde sumer tu pun aku makan habis 2 pinggan muahhahhaha..


Ok kawan2 selamat mencuba daaaaaa...







Tuesday, 18 September 2012

Lontong

Ermmm kali nie aku nk kongsi resepi kuah lontong.. Aku masak nie sebab ade tempahan dr pelanggan setia aku ler, mmg tiap2 tahun xpenah miss menempah kat aku hehehhe.. Dek kerna masa hari umah terbuka tu aku tak pueh nk makan so aku masak ler ari nie bg memenuhi permintaan perut n tekak ku yg manja nie ekkeke.. Aku mmg suker lontong nie tambah2 lg mkan banjir ngan byk sayur nyer, paling aku suker tempe nyer waduh2 mau xnampak sape dah kalau makan tu.. Sebenar nyer deme tempah 2 jenis lontong ngan mee kari, nnt kalau aku rajin aku buat ler satu n3 tuk mee kari lak ek.. Jom ler kiter layan resepi nyer dulu k..


Hah tgk tu nasik impit pun xnampak dah banjir nyer pasal hehehe..

Bahan2 ( resepi tuk 3-7 org makan )






1/2 ekor ayam ( potong kecil )
250g udang ( potong muncung ngan ekor )
1/2 biji sengkuang ( potong panjang )
1 biji terung ( potong kecil )
1 biji carrot ( potong kecil )
2 biji tempe ( potong kecil )
1/2 biji kobis ( potong kecil )
1 biji cili merah ( hiris halus )
6 batang kacang panjang ( potong kecil )
1 bungkus fucuk ( direndam dan potong kecil )
Secekak suhun
3 batang serai ( dititik )
1 keping asam keping
1 biji tomato ( potong 6 )
1 helai daun kunyit
3 kotak 200ml santan
2 liter air
2 ketul tahu ( dipotong empat dan digoreng )
garam secukup rasa
gula secukup rasa
3 sudu besar minyak tuk menumis

Bahan2 kisar

1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
3-4 ketul kunyit hidup
20 biji cili api ( kalau xnk pedas kurangkan )
Segenggam udang kering
( kisar dengan sedikit air letak ckit santan sampai halus )

Cara2 nk masak


Panas kan periuk n masukkan minyak, kemudian masukkan bahan kisar n masak sampai naik minyak ( kalau kering sangat masukkan sedikit air ). masukkan juga daun kunyit dan juga serai.


Biler bahan kisar dah cukup masak masukkan ayam dan kacau sebati masak sampai ayam betul2 masak. Masukkan sesudu garam kacau sampai ayam masak.


Bila ayam dah masak masukkan air ( kalau korang nk kuah lebih masukkan ler lebih ckit ). Masukkan carrot dan juga asam keping, kacau sebentar sementara kuah menggelegak.



Biler kuah dah menggelegak masukkan santan, terung, sengkuang, kobis dan juga tempe, masak sampai bahan tu masak.



Kemudian masukkan kacang panjang, suhun, fucuk, dan juga udang masak sampai udang bertukar kaler dan masukkan cili merah dan juga tahu goreng kacau sebentar dan sesuaikan rasa garam dan gula kemudian tutup api siap tuk dihidangkan ngan nasi impit or ketupat segera.


Kalau leh masak cepat jgn sampai sayur tu hancur or over cook.. So sayur yg cepat lembik masukkan last2 pun xpe k..


Ermmm tiap2 tahun mmg aku akan masak benda nie, yummy2 tau rasa dia heheh.. Ok kawan2 selamat mencuba daaaaaaaaaaaaa...