Hah tgk tu gebu gebas kann yg penting ia sedap hehhehe....
Bahan2
400g tepung gandum
150g tepung kentang
50g gula
7g yis segera
45g shortening/ butter
1bj telur
1sk garam
1sk baking powder
50g susu pekat
175-200g air
Cara2 nk buat
1- air, susu, gula dan yis disatukan dlm mangkuk dan kacau rata (d5 guna mangkuk mixer) tunggu 10 minit sehingga yis berbuih or aktif..
2- Setelah yis aktif masukkan tepung, butter or shortening, telur, garam dan baking powder kemudian uli sampai doh menjadi elastik dan licin permukaan nyer. Klu guna mixer uli selama 5 minit dengan kelajuan sederhana... Klu pakai tangan uli dlm 10 minit..
3- Selepas siap menguli, bulat2 kan doh menjadi bola dan lumurkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat kat mangkuk, pastu rehatkan doh selama 1/2jam hingga 45minit sampai doh naik 2 kali ganda. Kemudian bila doh dah naik leh lah klu nk dibentuk, untuk adunan nie d5 timbang 30g dapat lah dlm 30-35 biji saiz sederhana... Klu nk gunakan acuan pun boleh lg lawa..
Bila dah siap dibentukkan, rehatkan selama 10 minit dan boleh digoreng.. Goreng sehingga kuning keemasan pastu taburkan gula siap tuk di mkn.. Tp yg nie d5 nk frozen kan so d5 goreng sekejap je bg yis tu mati pastu sejukkan atas tray n boleh lah dibekukan...