Wednesday 12 September 2012

Crusty brown bread

Kali nie aku aku nk tunjuk roti pertama aku buat, hehhehe yg nie pun aku blaja dr you tube.. Alhamdulilah tuk pertama kali buat menjadi juga roti aku nie, but next time aku nk buat yg lg best yg berongga2 tu arr hehhehe.. Sebenar nyer xler susah sgt nk buat roti sendiri nie kan berkat rajin tak rajin je muahhahahha.. Tuk dpt kan texture yg chewy2 dan kenyal tu, bukan lembut dan gebu cam roti sandwich yg kiter beli tu so aku buat ler starter dough ( poolish ), Benda nie leh simpan kat dlam peti ais je, so setiap kali nk buat roti aku ambik ckit dan tambah balik je, alaaaa cam buat apam tawon tu lerr ade ibu nyer ekkekkekekke.. Jom kiter layan resepi nyer ek...


Teruja aku tgk roti pertama ku nie projek aku ngan kawan aku ler heehhe..

Bahan2


11/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung atta
1 cawan air
1 sudu kecil yis
1/2 cawan poolish
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar butter / minyak


Hah nie ler poolish tu. Bancuh 1/2 cawan air + 1/2 sudu kecil yis pastu gaul rata, kemudian masukkan 1/2 cawan tepung gandum dan gaul rata2. Biarkan suhu bilik selama 2-6jam, pastu leh masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais. Kalau korang dah guna just tambahkan tepung dan air dlm nisbah 1:1, pastu korang gaul sebati balik n simpan balik..

Cara2 nk masak

Campurkan yis ngan air dalam mangkuk. Tambah gula dan kacau rata, biarkan 10-15 minit sampai yis tu membiak.


Biler yis dah membiak ( dia nampak cam buih2 dlm gambar tu ) masukkan poolish dan garam, kemudian kacau sebati, jgn ada yg berketul2.



Bila yis dan poolish dah sebati, masukkan 1 cawan tepung gandum, pastu gaul rata dan masukkan baki 1/2 cawan td dan gaul lg.




Biler tepung gandum dah sebati tambahkan tepung atta 1 cawan kacau rata dan tambah baki nyer tu sikit2 sampai adunan menjadi melekit2 ( ikut ler keadaan kekadang xsampai pun 2 cawan tu ). Bersihkan sudu dan mula tuk menguli guna tangan heheh..



Sapu tangan ngan baki tepung ( renjis2 kan ckit tepung kat adunan ). Tekan2 doh sampai leper dalam mangkuk dan lipat dua dan leper kan balik dan ulang langkah begini bang 2 - 3 kali,


Korang uli2 kan doh nie dalam 1-2 minit, sampai dia jd elastik.


Pastu korang bulat2 kan dia, pastu korang kuarkan doh tu jap, letak tepi dan bersih2 kan mangkuk tu dr saki baki tepung.


Sapu minyak atau butter kat dalam mangkuk tu dan masukkan balik doh kedalam mangkuk, golek2 kan doh supaya semua permukaan disaluti butter.


Tutup mangkuk tu dan biarkan doh naik selama 1 jam ( korang leh tutup ngan cling wrap or towel lembab )




Biler doh dah naik 2 kali ganda dr sebelum nyer, korang tumbuk2 kan doh tu bior leper seperti dalam gambar ( kalau leh korang imagine ler korang tumbuk muke musuh ketat korang ekekkkeke ). Lipat 2, kemudian leper kan lg, ulang langkah nie 2-3 kali.




Biler dah korang rasa ok ( marah kat musuh tu pun dah reda ), bulat2 kan doh td seperti dalam gambar. Sapukan minyak or butter dalam acuan pastu taburkan tepung supaya doh tak melekat. Bentuk2 kan doh tu supaya muat dalam acuan seperti dalam gambar. Bedak2 kan dia ckit ( make-up ler ckit bg lawo ) dan letak kedalam acuan.


Tutup doh dengan cling wrap or towel lembab dan biarkan dia naik lg sekali selama lebih kurang 1 jam. Hah tgk tu sebelum dan selepas doh tu naik ( kalau nk lg berongga korang rehatkan dlm petiais selama 12jam ). 3


30 minit sebelum korang nk bakar doh tu korang panaskan oven 200c, letakkan air panas dalam mug atau tray logam kat dalam oven tu. Ni dibuat untuk mendapatkan roti yg luar dia ada crust yg cantik dan rangup. Biler doh dah naik, korang kelar2 doh tu seperti dalam gambar or ikut suker korang ler nk kelar cam mana. Guna kan pisau yg tajam tuk mengelar dengan pergerakkan yg pantas. Aku guna pisau seramik, kalau korang xde leh order kat KKIDA. Pisau nie mmg tajam. kelar jgn terlampau dalam just lukakan permukaan dia je tau. ( jgn marah sgt hehhe kiter kelar bg dia sakit je ekkekeke )


Masukkan dalam oven dan bakar selama 30- 40 minit, masak sampai roti tu nampak kuning keemasan dan biler di tepuk dia berbunyi kosong, jgn sampai hangit tau.. Siap tuk dihidangkan...


Hah tu dia biler dah kuarkan dr acuan ( tunggu 10 minit br leh kuarkan dalam acuan )


Sebenar nyer buat dia xlah lama dan susah mana, bab menguli just ambik masa dalam 10 minit je but nk tunggu dia naik 2 kali tu je yg buat lama.. Hah korang tgk tu luar dia rangup ya amat dan dalam dia hehehee chewy dan kenyal isk isk isk yummy2 tau.. Kalau kiter rehatkan lg lama lg berongga lah dalam dia tu..


Yg nie ler hasil nyer aku buat panini sandwich.. Huhuhuu sedap yo.. Ok kawan2 selamat mencuba daaaaaaaaaaaaaaaaa...





                       



2 comments:

  1. salam..poolish tu function dia untuk apa? boleh pakai untuk buat roti biasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Poolish tu tuk rasa je ngan klu nk buat roti yg garing kat luar, roti yg buat guna poolish nie xselembut roti biasa dia sesuai klu nk buat cam roti baguette :)..

      Delete