Adehhhh terliur mase ambik pic nie xsabo2 nk makan, cicah lak ngan sambal kicap pergghhhh mengancam..
Bahan2
2 ekor ikan kembung (bersihkan dan belah belakang)
Bahan kisar
½ biji bawang besar
3 batang serai
1cawan kelapa parut
putih sahaja
5 biji cili api (
kurangkan kalau tak nak pedas )
2 inci kunyit hidup
Garam dan gula secukup
rasa.
Bahan lain
½ biji limau nipis
(diperah ambil air )
benang
Minyak
Cara memasak
Ikan yg telah dibersihkan dan dibelah belakang di gaul bersama serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak (minyak diletakkan supaya ikan tak melekat kat kuali)
Masukkan semua bahan kisar kecuali kelapa kedalan chopper dan blend sampai halus seperti dalam gambar.
Bila bahan2 lain dah betul2 halus masukkan pula kelapa dan blend sampai semua bahan kisar td sebati. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata, Kemudian masukkan jus limau gaul rata lg dan sesuaikan rasa nyer.
Bila semua rasa dah cukup sumbatkan bahan kisar td kedalam ikan seperti dalam gambar. Bila dah siap sumbat ikat ikan dengan benang supaya inti td tak terkeluar.
Panaskan kuali letak sedikit minyak dan masukkan ikan sumbat td dan masak sampai ikan agak garing dan masak. Kalau korang nk bakar atas arang pun boleh xpun kalau korang nk goreng jer pun boleh ikut ler mana korang suker.. Bila ikan dah masak angkat dan boleh dihidangkan ngan nasi putih dan cicah ngan sambal kicap..
Ikan bakar nie kalau ler cicah ngan sambal kicap mmg heaven kan huhuhuhuhu yummy yummy tau...
Kalau still ade lebihan bahan kisar korang leh gak goreng bahan kisar tu atas kuali tanpa minyak dan masak sampai kering cam serunding makan ngan nasik adehhhh mmg sedap. Wahhh best kan 1 resepi leh buat memacam jenis masakkan :)..
Ok kawan2 mudah kan nk buat nyer, selamat mencuba daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Memang sedap ikan sumbat dengan kelapa D5, hari ni kakak masak sup ikan je....
ReplyDeleteMekasih Amie.. Hehehhe sup ikan pun sedap ape D5 suker!!.. Sesekali mkn simple gini mmg best :)
Delete