Monday, 12 November 2012

Kerabu pucuk selom & tauhu jepun

Hari nie aku nk kongsi sama korang kerabu yg mmg menjadi pebret utama aku.. Hehheh kerabu nie dah lama aku buat tuk sertai peraduan Chefselbriti2 tu ler (konon2 lah kan hehhehe). Dek kerna bz sgt menguruskan keperluan mak D5 so tertangguh lah hasrat nk post kat blog resepi nie.. Tuk sapa2 yg penah mintak resepi nie, hah ari nie D5 tunai kan ek.. Harap kawan2 sumer berpuas hati k.. Jom kiter layan resepi nyer k.. Sorry kawan2 xde pic step by step sbb xsempat nk snap.. Insyaallah kalau ader rezki nnt D5 buat N3 baru k, but D5 gerenti resepi nie mudah dan senang je nk buat nyer ok...


Hah aku xtau ler ok ke tak plating aku nie hehhehe but mmg best arr kerabu nie...

Bahan2 

Bahan A ( dihiris halus )

Daun selom secukup nyer
2 kuntum bunga kantan
2 biji bawang kecil
1 biji cili hidup

Bahan B ( dikisar halus )

½ biji bawang besar
3 batang serai
1cawan kelapa parut putih sahaja
5 biji cili api ( kurangkan kalau tak nak pedas )
2 inci kunyit hidup
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan- bahan lain

½ biji limau nipis (diperah ambil air )
1 biji tauhu jepun (dipotong 2 inci dan digoreng sampai garing)

Cara Membuat

1-    Hiris halus semua bahan A dan satukan dalam satu mangkuk.

2-    Kisar bahan B sampai halus dan perasakan dengan gula dan garam.


3-    Satukan bahan A dan bahan B dan digaul sebati, kemudian masukkan jus limau nipis dan gaul rata.
   
4-    Setelah semua bahan bersatu dan secukup rasa sejukkan di dalam peti ais sebentar dan siap untuk dihidangkan bersama dengan tauhu jepun yang digoreng garing.


Ermmmm biler mkn kerabu ulam nie ngan nasik panas2 pergghhhh mmg best lah...


Bahan kisar tu kalau korang buat lebih pun xpe nnt leh sumbat dalam ikan jd kan ikan sumbat mmg best, Untuk resepi Ikan bakar sumbat..


Kalau korang xmau letak kat atas tauhu jepun camnie pun boleh korang gaul je sekali pun sedap gak..


Ok kawan2 mudahkan, selamat mencuba kawan2 daaaaaaaaaaa.....





2 comments:

  1. Salam DZ, wah satu kelainan ni...pasti sedap..kak ros suka segala jenis tauhu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak ros, hah tu ler sbb tu D5 satukan dua benda yg mmg pebret D5 menjadi satu hehhehhe... :)

      Delete