Sunday 10 March 2013

3rd SSiC Junior Top Chef Challenge

As salam kawan2 kali nie aku nk cerita tentang jemputan ke 3rd SSiC junior top chef challenge yg berlansung pada Sabtu 9 March 2013 di SSiC dr 9pg hingga 5ptg. Aku dpt jemputan dr Pn. Baiti (Senior Education Counselor), mekasih pada pihak SSiC kerana sudi menjemput ku ke acara tahunan yg menjadi 'trademark' kolej sejak penubuhannya pada tahun 2010 lg.. Aku sampai kul 2.30ptg, mula nyer aku nk pi seisi pg but ade lak hal yg tak dpt aku nk elak kan so aku pi ler belah petang nyer syukur Alhamdulillah majlis yg diadakan sungguh meriah.. Sampai je aku tgk peserta2 sedang sibuk memasak, wahhh hebat2 belaka peserta2 cilik kiter memasak tau mmg ade gaya2 chef gitu.. Tuk pengetahuan korang mereka nie terdiri daripada 44 pelajar tingkatan 4 dan 5 yg mewakili 9 buah sekolah menengah di sekitar Lembah Klang. setiap kumpulan diberi nama sempena nama herba2 seperti rosemary, thyme, mint dan lain2 lg.. Terkejut aku tgk hasil masakkan dari pelajar2 tu lg hebat2 bakat diaorg xsama masa aku time umo cam tu hehehheheh.. Tujuan pertandingan nie diadakan untuk mencungkil bakat baru dan memupuk minat pelajar pada seni kulinari dr peringkat sekolah lg. Hah bertuah kan anak2 zaman sekarang.. Jom lah kiter layan gambar2 sekitar majlis tu ek..


Acara nie dirasmikan oleh Dr. Ghalip Bin Spahat pada sebelah pg nyer. Pelbagai acara memasak diadakan sebelah pagi juga aku tak sempat nk tgk kalau korang nk tgk leh pi ke blog KKIDA yg dtg pada sessi pertama majlis nie. Xsempat nk jumpe KKIDA, masa aku sampai tu KKIDA dah balik dah..


Masa aku sampai para pelajar tgh sibuk memasak sambil di nilai oleh juri jemputan. Aku lak di hidangkan dengan pasta with asian pesto wahhhh sedap tau meletup dan hidangan sampingan lain sedap2 belaka.. Juruacara majlis xlain tak bukan Chef Zam selaku  pengetua SSiC , xkering gusi kami dengan celoteh dr Chef Zam heheh..




Sebahagian dr hasil masakkan pelajar yg bertanding hah korang tgk tu berbakat kan masing2 mmg hebat, tahniah tuk semua para peserta yg terlibat.


3 org juri jemputan dari kiri En. Azaha Bin Lasim ('butchery specialist' dr Meat and Livestock Australia), Chef Massyittah Binti Omar (Pensyarah dr Taylor's Universiti) dan akhir sekali Chef Sharizan Azali Bin Mohd Zamzuri.


Hah korang tgk hadiah tu fuhhh best2 belaka tau byk penaja terkenal yg menaja hadiah tuk pelajar2 nie antara nyer Penaja2 utama MAGGI, NESTLE, serta Meat & Livestock Australia. Selain itu penaja2 bersama seperti Gas Petronas, Tupperware Brands, Colavita, Lebensstil Kollektion, Princess, Jamau Mak Dara, Julie's, MyChef, Faiza, Heinz ABC, Fonterra dan Sri Ani Premium.


Tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Menengah Vokasional Setapak. Mereka membawa pulang trofi dan hadiah dari penaja2 serta wang tunai sebanyak RM800.00 termasuk sijil penyertaan.


Tempat kedua pulak dimenangi oleh Sekolah Menengah Kepong. Mereka membawa pulang trofi dan hadiah dari penaja2 serta wang tunai sebanyak RM500.00 termasuk sijil penyertaan.


Tempat ketiga dimenangi oleh palajar dr Sekolah Vokasional Setapak juga. Mereka membawa pulang trofi dan hadiah dari penaja2 serta wang tunai sebanyak RM300.00 termasuk sijil penyertaan .


Kesemua peserta xpulang dengan tangan kosong hadiah2 yg disediakan mmg byk dan semua pelajar nampak happy, Nie lah antara semua para pelajar yg bertanding dalam pertandingan memasak 3rd SSiC Junior Top Chef Challenge, Tahniah sekali lg kepada semua peserta anda sumer hebat2 belaka.


Last sekali sebelum bersurai Chef Zam bergambar dengan Majlis pelajar kolej SSiC serta warga kerja kolej tersebut. Kalau korang nk tau nie ler tulang belakang kepada majlis yg berlangsung. Tahniah kepada mereka yg terlibat kerana berjaya memastikan majlis berjalan dengan lancar.


Silverspoon International College menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 & 2, serta Diploma dari City & Guilds (United Kingdom) dalam bidang Seni Kulinari dan Pastri/Bakeri. Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolej nie boleh ke facebook SSiC dan layari laman web rasmi SSiC. Akhir sekali aku ingin mengucap kan berbanyak terima kasih kepada Pn. Baiti yg sudi menjemput ku xlupa juga pada Chef Zam yg sempat menghantar msg kat facebook ku, xlupa juga pada semua warga SSiC yg mesra2 belaka happy sgt aku ari tu thanks sumer muuuaaahhhhh Love u all :) daaaaaaaaaaa..









6 comments:

  1. Bestnya dapat ikuti aktiviti begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu kalau Amie dekat leh ikut sekali kan, join ramai2 baru best :D..

      Delete
  2. macam mana nak register masuk kolej ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi kat kolej tu sendiri or cuba tgk kat fb yg D5 bg link tu leh tanya kat admin2 kat situ :)

      Delete
  3. Kalau pelajar-pelajar ini di rumah memang beruntunglah mak-ayah mereka sebab mesti mereka dah ala-ala chef cara masaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak hebat2 sumer adik2 kiter nie mmg berbakat heheheh :D..

      Delete