Ermmmmm makan sejuk2 best :D...
Bahan2
500g kentang kecil ( di belah dua n di rebus sampai empuk toskan )
1 sudu besar air rebusan kentang
1sudu besar capsicum merah yg di cincang kecil2
1 sudu besar bawang kuning yg di cincang kecil2
1sudu besar batang celery yg di cincang kecil
Bahan sos
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil mustard
1 sudu besar juice lemon
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Bahan2 yg dicincang masukkan dlm mangkuk yg besar..
Satukan bahan2 sos dlm mangkuk kecil n masukkan sekali air rebusan kentang, kacau rata n sesuaikan rasanya.. ( sos dia agak cair supaya tak rasa terlampau berat )
Kentang yg telah direbus sampai empuk dan di toskan..
Satukan kentang yg masih panas dlm mangkuk bahan cincang n gaul sebati supaya bawang tak terasa mentah n kentang akan pecah ckit br sedap ehheh..
Biler kentang dah agak suam masukkan bahan sos td n gaul rata sampai semua kentang bersalut, sejukkan dlm peti ais n siap tuk dihidangkan...
Aku suker potato salad nie mkn camtu saja pun sedap, sesuai di jadikan side dish untuk makanan western..
Hah nie ler sahur aku td ermmmmm best kan. Selamat mencuba kawan2 daaaaaaaa..
Assalamualaikum pn, tk atas perkongsian pn, sy dah cuba potato salad ni.... sedappp sgt... halalkan ilmu pn pada saya ye, insyaallah saya akan buat lagi utk perjumpaan klrga akan dtg
ReplyDelete